Nadi X Inisiatif Kerajaan: Pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025
6 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05/03/2025 bersamaan hari Rabu, Pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 di bawah bimbingan NADI Batang Melaka telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu peserta dalam proses pendaftaran bagi mendapatkan manfaat daripada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah 2025, yang bertujuan meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.
Aktiviti Utama:
- Sesi Pendaftaran Atas Talian
- Semakan Status dan Maklumat
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendaftarkan diri dalam inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah 2025 dengan lebih mudah, memastikan maklumat mereka dikemaskini, serta mendapatkan bimbingan secara terus dalam proses pendaftaran agar mereka tidak terlepas daripada menerima manfaat yang disediakan oleh kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: